CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 27, 2011

doa seorang insan buat temannye...

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Monday, May 16, 2011

hari-hari yang indah bersama insan-insan tersayang

sejak akhir-akhir nie bunga byk mnghabiskn sisa-sisa hidup dgn insan-insan yg bunga syg
byk yg bunga dpt dn pelajari dr insan yg bunga syg
erti perjalanan sebuah kehidupan
erti sebuah persahabatan
erti sebuah percintaan
erti sebuah kekeluargaan
ramai yg ckp kehidupan kite xselalunye indah
ada yg suka dn duka
bunga pun pernah lalui hdpn yg tidak happy
bermacam dugaan yg bunga hadapi
setiap dugaan yg allah bagi pd kite krna kisah syg-Nya kepada kite
setiap dugaan yg kite hadapi msti byk pngajaran yg kite dpt
setiap pngajaran yg kite dapat mesti dpt membuat kite berfikir sebelum membuat keputusan
kehidupan tidak indah sekiranya hidup kite xdipenuhi dgn dugaan

thanks for my mother and my daddy 
ibu bapa bunga selalu menjadi tempat bunga luahan sesuatu
bunga bangga mempunyai ibu bapa yg prihatin
klau tnpa mereka,bunga xdpt bayangkn mcm mne bunga hidup di dunia nie dgn dugaan yg bermacam-macam

ok la,smapai sini shja coretan bunga untuk bulan nie
assalamualaikum

Monday, April 25, 2011

terima kasih

terima kasih nur syahirah bt ismail
kerana mngajar bunga hngga pndai mnbaca suruh yassin dgn lancar
dlu bunga mmg xpndai mne
hri nie bunga dh blh mnsedekahkn suruh yassin kepada arwah abg bunga
thun lps bunga bca dn syahirah la yg tlg betulkn ayat yg bunga salah
memang bunga byk terhutang budi dgn syahirah
bunga xtntu nk bls mcm mne
bunga hanya blh mensedekahkn suruh yassin kt syahirah
semoga umur syahirah berpanjangan
dn semoga hidup syahirah aman
bunga rindu sgt nk berjumpa syahirah
tapi bunga tahu bukan sekarang waktu untuk bunga berjumpa syahirah
semoga satu hari nanti bunga akn jumpa syahirah
bunga nk mnta maaf ats semua yg bunga lakukan untuk syahirah

Friday, April 22, 2011

renung sejenak

seseorang teman bila berjauhan,dia akan menangis kerana rindu
dan bila dekat,dia akan menangis keran takut berpisah
jika hari ia datang,jangan biar ia berlalu pergi
jika esok ia bertandang.jangan harap ia kembali lagi
sesungguhnya yang indah itu pertemuan
yang manis itu kemesraan
yang pahit itu perpisahan
yang tinggal hanyalah kenangan

tak terasa bila dia pergi
tapi sayu bila dia tidak kembali
mencarinya dengan hati yang suci
lebih indah dari memiliki
tapi tidak menghargainya
dia datang tanpa seruan
dia pergi tanpa alasan
kerjalah dia sebelum hilang dari pandangan
kerana hadirnya adalah anugerah yang tiada bandingan..

wahai sahabat-sahabat yang bunga sanjungi
sama-sama kita berfikir tentang kebaikan sahabat yg kita miliki
agar satu hari nanti kita akan menyesal

Friday, April 15, 2011

kau umpama matahari

izinkan dirimu memahami cintaku
setiap detik ku sentiasa mengingati dirimu
hanya dirimu membuat ku mnjadi tenang
tanpa mu diriku merasa hilang
berjanji padaku,sayang..cinta mu hanyalah untukku
tanpa mu aku merindui
hilang dirimu tiada tempat ku bermanja
ku ingin kau tahu betapa ikhlasnya cintaku padamu
kasih dan sayang ku hanya pada mu
ku ingin kau selalu disampingku
kau umpama matahari yang mentinari hidupku
tanpa mu hilanglah sinar hidupku
ku yakin kaulah matahariku
kau dicipta hanya untuk diriku
ak terlalu menyayangimu
sperti ku mnyayangi nyawa ku
hilang dirimu,hilanglah aku...
  matahariku...

Saturday, April 9, 2011

pesanan buat sahabat dan juga aku