CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 20, 2011

baru berjumpa pakwe baru yang setia...???????

mmg pkwe baru nie sggh memahami isi hati bunga
apa yang bunga ckp pn dia diam je
xmelawan langsung
syg kt mkwe ktekn
yang best tntg pkwe bunga nie
bunga akn syg dia smpai ble2
korang jgn jelous tau
cinta kami bertaut klmarin semsa bunga kluar jalan2
ble bunga tgk dia
bunga terus jtuh cinta
mmg dia xhndsem tapi ada ciri2 org yg bunga inginkan
harap2 bunga dgn dia xakn brpisah
korang thu klmarin seharian kteorg ronda kuala terengganu
best gile
korang nk tgk ke pkwe baru bunga...mesti korang jelous
jp ek bunga upload gmbr dia
jgn trkejut tau









1

2

3

chaks!!!




cik ted yg trcinta




cik ted pn pndai main laptop tau
apa2 pn cik ted the best in my heart
(hehehe) jiwang plk
cyg cik ted

Thursday, October 27, 2011

warkah untuk seorang yang bergelar AYAH

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk... menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥

Thursday, September 15, 2011

minggu jalinan mesra di umt..

first day,bunga lalui hri oreintasi mmg rse nk blik je
maklum la dh lma duduk rmah
mse tu hanya Tuhan je thu perasaan bunga mcm mne
sdih,ska dn macam2 lagi la...
time mak dn ayah nk blik,rse mcm bunga pn turut nk blik..
tp kuatkn semangat jgk sbb nk stdy..
hri kdua kt umt,mmg xmeriah mne lg sbb bunga blm kenal kwn..
bunga byk diamkn dri dr brcakap...
sampai la bunga brjumpa kwn iaitu azita..
dia dr perak,satu kos dgn bunga...
kiteorg sme2 pediam...
lma2 kiteorg dh jd rapat..
mmg hri oreintasi kt umt amt memenatkn..
tp..
bunga dpt rse dn dpt mngenali kwn2 dgn lebih dkat..
wlpn kmi berlainan bngsa..
kmi blh duduk mkn sme2...brgurau sme2..
best gile..mmg pnglamn nie bunga xkn perolehi kt lain..
thanks untuk kakak dgn abg fasilitator yg xjemu melayan kami...
kami hargai sgt apa yg kakak dn abg lakukn...

Friday, June 17, 2011

kasihnya ayah membawa bahagia

sempena hari bapa yg hampir tiba..
bunga nk sekali berkongsi tentang pengorbanan seorang ayah..
dari bunga kecil hingga sekarang..
bunga masih boleh merasai kasih seorang ayah..
tidak terbayang oleh bunga..
jika suatu hari nanti ayah bunga tiada disisi buat selamanya..
siapa yang nak bagi kami sekeluarga duit..
siapa yang nak tegur kami jika kami buat salah..
ayahlah segalanye buat bunga..
jika ayah tiada,ibarat bunga kehilangan tangan dan kaki untuk melangkah..
bunga pernah rasa pengang tanggungjawab sebagai seorang kakak tanpa ibu dan ayah disisi
hanya Allah sahaja Maha Mengetahui..
bagaimana susahnye hidup tanpa ayah..
bagi bunga seburuk mane pun ayah kite..
dia tetap ayah yang terbaik..
walaupun ayah bunga seorang yang tegas..
bunga amat bersyukur kerana bila bunga nak buat sesuatu perkara bunga akan berfikir dahulu..
walaupun ayah bunga seorang ayah yang mengongkong hidup anaknye..
tapi bagi bunga ayah buat semua tu kerana dia tak nak anak dia hancur..

ayah..
terima kasih kerana bagi kami adik beradik ilmu pengetahuan tentang dunia
dari kami lahir hingga sekarang..
terima kasih kerana bagi kami adik beradik perlindungan yang tidak terhingga..
terima kasih kerana bagi kami kasih sayang dari kami lahir hinggalah sekarang...

ayah....
suatu hari nanti akan kami balas budi baik mu..
suatu hari nanti akan kami jaga mu..
suatu hari nanti akan kami bagi kasih syang yang tidak terhingga buat mu..

kasihnye ibu membawa ke syurga..
kasihnye ayah membawa kebahagiaan...

terima kasih Mat Yasin a.k.a ayah tersayang..

pn.khaziah a.k.a ibu dan mat yasin a.k.a ayah

Friday, May 27, 2011

doa seorang insan buat temannye...

Ya Allah…
Dalam perjalanan kehidupan ini telah Engkau jadikan bagiku seorang teman. Sedangkan ia adalah diluar jangkaan dan sangkaan hambaMu ini. Aku tetapkan baginya satu peraturan yang hanya Allah yang akan menentukan segalanya.

Ya Allah…
Dalam kekalutan begini, dia pergi menyendiri dan hanyalah dititipkan suatu pesanan melalui seorang teman buatku. Dimanakah salahku wahai Tuhan dan tunjukkanlah dimana silapku. Jangan Engkau biarkan aku begini tanpa diketahui apakah kesalahan yang telah aku lakukan terhadapnya.

            Ya Allah…
            Walau apa pun takdirMu keatasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan. Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon padaMu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.

            Ya Allah…
            Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.

            Ya Allah…
            Jangan Engkau tinggalkan untuknya suatu dosa melainkan telah Engkau ampunkan. Dan tiada suatu aibnya, melainkan telah Engkau tutupinya. Tiada suatu dukanya melainkan telah Engkau hilangkan daripadanya. Tiada suatu hutangnya melainkan telah Engkau bayarkannya. Tiada suatu kesakitan melainkan telah Engkau sembuhkannya. Tiada suatu hajatnya dari keperluan dunia dan akhiratnya yang telah Engkau redhai dan tepat untuknya melainkan telah Engkau tunaikan segalanya baginya wahai Tuhan yang Maha Penyayang.

            Ya Allah…
            Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

            Ya Allah…
            Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

            Ya Allah…
            Sungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sabaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu tingkat yang tinggi di syurga. Ya Allah perkenankanlah permohonanku.

            Ya Allah…
            Sungguhnya Engkau mengetahui apa yang aku rahsiakan dan apa yang aku perlihatkan, maka ampunkanlah kealpaan dan kelalaiannya. Dan Engkau mengetahui segala hajatnya, maka kabulkanlah permohonannya. Ya Allah, aku bermohon baginya kepadaMu keimanan yang selalu mendampingi  hatinya, dan keyakinan yang kuat sehingga dia mengerti bahawasanya tidak akan menimpa dirinya kecuali apa yang telah Engkau tentukan baginya dan bahawasanya apa sahaja yang telah menimpa dirinya bukanlah semata-mata yang meluputkannya. Dan apa sahaja yang telah meluputkannya bukanlah yang semata-mata menimpa dirinya.

            Ya Allah…
            Aku bermohon baginya kepadaMu iman yang dia buat cari kebenaran. Cahaya yang dia jadikan ikutan dan rezeki yang dirinya cukupkan. Ya Allah…jadikanlah dia cinta kepadaMu dengan hatinya seluruhnya dan rela kepadaMu dengan segala kemampuan dirinya seluruhnya. Ya Allah… jadikanlah cintanya seluruhnya hanya kepadaMu dan amal perbuatannya seluruhnya hanyalah untuk mencari keredhaanMu.

            Ya Allah…
            Apa sahaja yang Engkau jauhkan darinya dari hal-hal yang dia cintai, jadikanlah hal itu sebagai penguat untuknya mencintai apa yang Engkau cintai dan jadikanlah cintanya kepadaMu sebagaimana Engkau mencintai.

            Ya Allah…
            Cukuplah diriMu bagiku, tiada Tuhan selain Engkau. Hanya kepadaMu aku bertawakal. Dan Engkaulah Tuhan yang memiliki arasy yang agong.

Monday, May 16, 2011

hari-hari yang indah bersama insan-insan tersayang

sejak akhir-akhir nie bunga byk mnghabiskn sisa-sisa hidup dgn insan-insan yg bunga syg
byk yg bunga dpt dn pelajari dr insan yg bunga syg
erti perjalanan sebuah kehidupan
erti sebuah persahabatan
erti sebuah percintaan
erti sebuah kekeluargaan
ramai yg ckp kehidupan kite xselalunye indah
ada yg suka dn duka
bunga pun pernah lalui hdpn yg tidak happy
bermacam dugaan yg bunga hadapi
setiap dugaan yg allah bagi pd kite krna kisah syg-Nya kepada kite
setiap dugaan yg kite hadapi msti byk pngajaran yg kite dpt
setiap pngajaran yg kite dapat mesti dpt membuat kite berfikir sebelum membuat keputusan
kehidupan tidak indah sekiranya hidup kite xdipenuhi dgn dugaan

thanks for my mother and my daddy 
ibu bapa bunga selalu menjadi tempat bunga luahan sesuatu
bunga bangga mempunyai ibu bapa yg prihatin
klau tnpa mereka,bunga xdpt bayangkn mcm mne bunga hidup di dunia nie dgn dugaan yg bermacam-macam

ok la,smapai sini shja coretan bunga untuk bulan nie
assalamualaikum

Monday, April 25, 2011

terima kasih

terima kasih nur syahirah bt ismail
kerana mngajar bunga hngga pndai mnbaca suruh yassin dgn lancar
dlu bunga mmg xpndai mne
hri nie bunga dh blh mnsedekahkn suruh yassin kepada arwah abg bunga
thun lps bunga bca dn syahirah la yg tlg betulkn ayat yg bunga salah
memang bunga byk terhutang budi dgn syahirah
bunga xtntu nk bls mcm mne
bunga hanya blh mensedekahkn suruh yassin kt syahirah
semoga umur syahirah berpanjangan
dn semoga hidup syahirah aman
bunga rindu sgt nk berjumpa syahirah
tapi bunga tahu bukan sekarang waktu untuk bunga berjumpa syahirah
semoga satu hari nanti bunga akn jumpa syahirah
bunga nk mnta maaf ats semua yg bunga lakukan untuk syahirah

Friday, April 22, 2011

renung sejenak

seseorang teman bila berjauhan,dia akan menangis kerana rindu
dan bila dekat,dia akan menangis keran takut berpisah
jika hari ia datang,jangan biar ia berlalu pergi
jika esok ia bertandang.jangan harap ia kembali lagi
sesungguhnya yang indah itu pertemuan
yang manis itu kemesraan
yang pahit itu perpisahan
yang tinggal hanyalah kenangan

tak terasa bila dia pergi
tapi sayu bila dia tidak kembali
mencarinya dengan hati yang suci
lebih indah dari memiliki
tapi tidak menghargainya
dia datang tanpa seruan
dia pergi tanpa alasan
kerjalah dia sebelum hilang dari pandangan
kerana hadirnya adalah anugerah yang tiada bandingan..

wahai sahabat-sahabat yang bunga sanjungi
sama-sama kita berfikir tentang kebaikan sahabat yg kita miliki
agar satu hari nanti kita akan menyesal

Friday, April 15, 2011

kau umpama matahari

izinkan dirimu memahami cintaku
setiap detik ku sentiasa mengingati dirimu
hanya dirimu membuat ku mnjadi tenang
tanpa mu diriku merasa hilang
berjanji padaku,sayang..cinta mu hanyalah untukku
tanpa mu aku merindui
hilang dirimu tiada tempat ku bermanja
ku ingin kau tahu betapa ikhlasnya cintaku padamu
kasih dan sayang ku hanya pada mu
ku ingin kau selalu disampingku
kau umpama matahari yang mentinari hidupku
tanpa mu hilanglah sinar hidupku
ku yakin kaulah matahariku
kau dicipta hanya untuk diriku
ak terlalu menyayangimu
sperti ku mnyayangi nyawa ku
hilang dirimu,hilanglah aku...
  matahariku...

Saturday, April 9, 2011

pesanan buat sahabat dan juga aku